Pengenalan

Barakah Advertising & Services merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputra (100%) yang telah didaftarkan pada 23 Disember 2003 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 2004.

Kami menjalankan perniagaan dan perkhidmatan dalam bidang pengiklanan (media cetak). Antaranya ialah papan iklan berlampu/tidak berlampu, papan tanda, billboard, banner/bunting, risalah (brochure), kad jemputan, kad nama dan berbagai lagi.

Dengan penggunaan mesin-mesin yang canggih, di tambah pula dengan pekerja yang mahir dan
profesional kami mampu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Untuk menambahkan lagi kemahiran kami, Barakah Advertising & Services sentiasa mencari dan mendapatkan teknologi terkini untuk memantapkan produk syarikat.